DHAKA: Lebih 1,000 satelit dan objek-objek lain di kawasan orbit berisiko dilanggar serpihan sebuah roket China yang pecah di angkasa lepas selepas dilancarkan pada minggu lalu. Penganalisis mendedahkan, lebih 700 serpihan daripada roket milik syarikat China, Shanghai Spacecom Satellite Technology (SSST) kini bertebaran di angkasa, sekali gus meningkatkan risiko pelanggaran dengan objek lain. Katanya, bahagian atas roket Long March-6 itu pecah sejurus menempatkan 18 satelit Qianfen, lapor Reuters. “Firma-firma penjejak…