Saya sedia bela diri jika dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Wan Ahmad Faysal

Saya sedia bela diri jika dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen – Wan Ahmad Faysal

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Machang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sedia membela diri sekiranya dipanggil terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pendedah surat layang yang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebelum digantung.

Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu menegaskan surat yang didedahkan itu bukan fitnah sebaliknya aduan dalaman kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mahu bersubahat dengan penjualan saham MAHB kepada syarikat BlackRock.

“Mereka kata saya bawa surat layang, apa yang saya kata dalam Parlimen, saya boleh bela diri dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya dipanggil untuk mempertahankan diri,” katanya semasa berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Unit Daerah Mengundi (UDM) Perasu, di sini, malam tadi.

Wan Ahmad Fayshal memberitahu, penggantungan itu bertujuan menyekat beliau daripada mendedahkan lebih banyak maklumat di Dewan Rakyat.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal daripada menghadiri persidangan selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, dengan 110 ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju.

Ini selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×