Seluruh ahli UMNO diseru mohon doa, solat hajat untuk Najib

Seluruh ahli UMNO diseru mohon doa, solat hajat untuk Najib

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) bersalam dengan veteran UMNO yang hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO di Dewan UMNO Uthmaniyyah Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seluruh ahli UMNO diseru beroda dan melaksanakan solat hajat supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang diberikan pengampunan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin dan percaya doa yang ikhlas pasti akan dikabulkan oleh Allah.

Menurutnya, pembebasan bekas Perdana Menteri itu sentiasa menjadi keutamaan UMNO.

“Saya memohon supaya ahli parti sentiasa mendoakan untuk dipermudahkan urusan pembebasan Najib dan mendapat keputusan positif oleh Lembaga Pengampunan. 

“Saya tidak mahu berkongsi apa yang saya dan rakan-rakan serta usaha UMNO lakukan (membebaskan Najib). Tapi yakinlah bahawasanya saya dan rakan-rakan ikhlas kepada ‘bossku’,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh Kali Ke 30/2024 di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah di sini malam tadi.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan supaya ahli UMNO memainkan peranan masing-masing sesuai dengan jawatan yang diamanahkan sebagai formula untuk membantu mengukuhkan parti.

Katanya, pemimpin di semua peringkat perlu ‘mengukur baju pada badan sendiri’ agar setiap tindakan yang dilakukan memberi impak yang terbaik dan berkesan kepada parti.

“Ahli wajib ‘walak’ kepada pemimpin di pelbagai peringkat dengan solidariti yang kukuh bersama gerak kerja yang menuju kepada natijah memperkukuhkan parti.

“Kalau semua tahu peranan masing-masing, contohnya Ketua Pemuda buat kerja Ketua Pemuda, Ketua Wanita buat kerja Ketua Wanita dan Ketua Puteri buat dia kerja dia. Pastinya perjuangan berlaku dalam satu rentak dan natijah yang sama.

“Saya amat yakin kalau kita (ahli UMNO) memainkan peranan masing-masing bermula peringkat akar umbi di Dewan Undangan Negeri sehingga ke Parlimen, kita akan berjaya di persada politik negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN