Perunding kesihatan ceroboh Hospital Ampang ambil ubat bius - Utusan Malaysia

Perunding kesihatan ceroboh Hospital Ampang ambil ubat bius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas perunding kesihatan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini kerana menceroboh bilik bedah Hospital Ampang untuk mengambil bius bagi kegunaan diri sendiri, minggu lalu.

Majistret Normaizan Rahim mengenakan denda itu selepas tertuduh yang berusia 33 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Sekiranya denda gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menghidap penyakit depresi itu didakwa telah menceroboh masuk ke dalam bilik bedah Hospital Ampang tanpa kebenaran pada pukul 3.05 pagi pada 9 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Ungku Ikram Athari yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan denda yang ringan atas alasan anak guamnya mengalami kemurungan, skizofrenia dan gangguan keperibadian ganda (multiple personality disorder).

“Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah. Selepas kejadian ini, tertuduh telah kehilangan kerja namun pada masa perlu menanggung adik beradik.

“Tertuduh juga mengalami penyakit depresi (kemurangan) sejak tahun 2019 dan kini sedang mendapat rawatan di hospital. Justeru sekiranya dibenarkan, pihak pembelaan memohon satu bon berkelakuan baik diberikan kepada tertuduh,” kata peguam itu.

Rayuan lanjut turut menyatakan, ubat-ubatan yang telah diambil tertuduh ketika kejadian sudah dipulangkan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi membantah bon berkelakuan baik kerana kejadian itu dirancang kerana ketika kejadian tertuduh telah bertindak mengenakan baju bilik bedah untuk masuk ke bilik itu.

“Oleh itu pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×