Pegawai polis maut, motosikal ditunggang langgar treler

Pegawai polis maut, motosikal ditunggang langgar treler

AYOB Khan Mydin Pitchay dan Ahmad Dzaffir menziarah keluarga dan jenazah Allahyarham di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, semalam.-GAMBAR/POLIS NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pegawai polis di Bahagian Counter Terrorism E8, Cawangan Khas Bukit Aman maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 273.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah selatan dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.47 malam apabila mangsa, Asisten Superintenden Muhammad Zafwan Muhamad Ismail, 36, yang menunggang motosikal terbabit nahas dengan sebuah treler yang mengakibatkannya mengalami kecederaan para di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler telah berhenti di lorong susur kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban arah selatan. 

“Kemudian, pada masa yang sama motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian belakang bucu sebelah kanan treler. Akibat dari perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi. 

Berikutan itu katanya, kes akan disiasat dibawah seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai, Inspektor. Zakaria Mohamad Jais di nombor 019-6990142 atau mana-mana balai polis berdekatan. 

Sementara itu pagi semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof turut menziarahi jenazah Allahyarham di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×