Utusan Pelajar buka ruang penghargaan kepada warga pendidik

Utusan Pelajar buka ruang penghargaan kepada warga pendidik

GURU Besar STB, Nor Zaiton Ibrahim (tengah) bersama murid-murid membaca sisipan khas Utusan Pelajar di STB, Arau, Perlis. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Akhbar Utusan Malaysia telah mengambil inisiatif yang cukup baik dengan menerbitkan sisipan khas Utusan Pelajar pada setiap hari Rabu sekali gus membuka ruang penghargaan kepada guru dan warga pendidik.

Malah, sisipan khas tersebut juga membuka ruang kepada pihak sekolah berkongsi aktiviti-aktiviti murid, guru-guru serta ibu bapa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Guru Besar Sekolah Tengku Budriah (STB), Nor Zaiton Ibrahim berkata, inisiatif akhbar ini menerbitkan sisipan khas tersebut disambut baik pihak sekolah.

Katanya, hal demikian secara tidak langsung juga memberi idea dan ilham untuk sekolah-sekolah meningkatkan kecemerlangan melalui cerita yang dikongsi bersama di dalam akhbar.

Selain itu, katanya, ia juga membantu menanam minat murid untuk membaca dan motivasi untuk mereka lebih berjaya.

“Kita sambut baik terbitan Utusan Pelajar ini kerana ia memberi maklumat pendidikan tentang kejayaan dan juga cabaran-cabaran serta halangan dalam memajukan bidang pendidikan negara,” katanya.

Utusan Malaysia mula menerbitkan sisipan khas Utusan Pelajar bermula Rabu lalu sejajar dengan komitmen Kementerian Pendidikan membenarkan akhbar ini diedarkan ke 7,000 buah sekolah seluruh negara.

Malah, inisiatif ini juga dilaksanakan atas semangat bagi memberi pengiktirafan kepada sekolah dan menghargai sumbangan guru-guru serta bidang pendidikan yang semakin penting pada masa kini.

Tambah Nor Zaiton, pihak sekolah juga mewujudkan sudut akhbar di kantin sekali gus memudahkan murid-murid membaca semasa sesi rehat.

Sementara itu, murid-murid sekolah berkenaan dilihat menggunakan waktu rehat untuk membaca akhbar di ruangan yang diwujudkan di bahagian kantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN