Polis pangkat tinggi Filipina dalang kes culik warga China, Malaysia

Polis pangkat tinggi Filipina dalang kes culik warga China, Malaysia

EMPAT suspek terdiri pegawai polis berpangkat tinggi Filipina dalang kes penculikan.- ASIA NEWS NETWORK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina menumpaskan kumpulan penculik didalangi pegawai polis berpangkat tinggi, menyasarkan pelancong China dan Malaysia di negara itu.

Penahanan empat daripada suspek didedahkan Setiausaha Dalam Negeri, Benhur Abalos dalam sidang akhbarnya semalam.

Kumpulan itu terdiri daripada seorang pegawai risikan, Mejar Christel Carlo Villanueva manakala tiga yang lain berpangkat sarjan.

Abalos berkata, kumpulan terbabit dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya 14 ahli, termasuk seorang warga China dan Malaysia.

Mereka dipercayai terlibat dalam kes penculikan tiga lelaki China dan seorang rakyat Malaysia di Manila pada 2 Jun lalu, bertujuan mendapatkan wang tebusan.

Dalam kejadian tengah malam itu, mangsa menaiki Toyota Lexus ditahan dua daripada suspek yang berpakaian seragam polis dan menunggang motosikal pihak berkuasa itu.

Mereka kemudiannya digari dan dipaksa menaiki sebuah van putih, namun dibebaskan sekitar pukul 6 pagi 3 Jun lalu sejurus wang tebusan AS$57,000 (RM267,729) dibayar.

“Mereka menggunakan motosikal milik kerajaan. Ia dilakukan secara terang-terangan,” kata Abalos.

Sementara itu, Ketua Polis Manila, Mejar Jeneral Jose Melencio Nartatez Jr berkata, suspek dikenal pasti melalui kamera keselamatan, akaun saksi dan mangsa.

Dia tidak menolak kemungkinan kumpulan itu terlibat dalam empat kes penculikan lain yang turut menyasarkan warga asing.

Ketua Polis Negara, Jeneral Rommel Fransisco menegaskan mahu melihat semua suspek dipenjara seumur hidup kerana mencemarkan imej polis.- The Straits Times

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN