Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan

Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan

MOHAMAD Rosli Mustapai (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Noraini Mat Sari pada program Ziarah Waris Jemaah Haji di Kampung Keseng, Kuala Besar Kota Bharu semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Isteri kepada pesara guru tidak menyangka Allah SWT memakbulkan hajat suaminya yang mahu meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah selepas menderita penyakit kanser organ dalaman atau kanser periampullary.

Abd. Wahab Ramli, 60, dan isteri, Noraini Mat Sari, 59, sepatutnya pulang ke tanah air semalam, namun arwah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah pukul 4.48 pagi kelmarin.

Noraini berkata, arwah suaminya yang menghidap kanser empat bulan lalu kerap memaklumkan hajatnya untuk meninggal dunia di Mekah kepada ke­luarga dan rakan-rakannya.

Menurutnya, dia mengakui terkejut selepas menerima be­rita suaminya meninggal dunia daripada pihak TH semasa sedang bersiap-siap untuk membuat tawaf wada.

“Sepatutnya kami bersama-sama pulang ke tanah air semalam, tetapi arwah meninggal dunia selepas 48 hari mengerjakan ibadah haji.

“Kesihatan arwah suami sebenarnya merosot sepanjang berada di Mekah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa kunjungan Pemangku Pengarah Lembaga TH Kelantan, Moha­mad Rosli Mustapai ke rumah­nya di Kampung Keseng, Kuala Besar di sini semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×