Arak beracun dijual lebih murah, serendah RM3.20

Arak beracun dijual lebih murah, serendah RM3.20

AHLI keluarga meratapi kematian mangsa yang maut selepas minum arak beracun di Kallakurichi, negeri Tamil Nadu di India.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMIL NADU: Sebahagian buruh miskin di daerah Kallakurichi kerap membeli arak dalam beg plastik berharga AS$0.70 (RM3.20), untuk diminum sebelum bekerja.

Perkara itu didedahkan Ahli Majlis Tempatan, Palraj kepada akhbar Indian Express pada Ahad, susulan insiden arak beracun yang meragut 54 nyawa di negeri Tamil Nadu.

Setiap tahun, ratusan rakyat di India mati akibat keracunan arak murah yang dibuat di kilang penyulingan di belakang jalan.

Bagaimanapun, insiden keracunan yang berlaku pada Selasa lalu dianggap antara yang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini kerana, penjualan dan pengambilan minuman keras adalah dilarang di beberapa kawasan India, yang memacu kepada pasaran gelap sehingga mengakibatkan kes kematian.

Bagaimanapun, Tamil Nadu bukan negeri yang terlibat dalam larangan itu, tetapi arak yang dijual di pasaran gelap adalah jauh lebih murah berbanding produk yang dijual secara sah.

Minuman alkohol seumpama itu sering dicampur dengan metanol untuk meningkatkan potensinya, yang berisiko mengakibatkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Tahun lalu, arak beracun membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dalam satu persidangan di negeri Bihar, timur India, manakala kira-kira 42 meninggal dunia di Gujerat pada 2022 atas punca sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×