Ada jemaah sanggup bayar RM200,000

Ada jemaah sanggup bayar RM200,000

SEBAHAGIAN jemaah haji ketika melaksanakan ibadah wukuf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Ada jemaah haji sanggup membayar pakej swasta lebih RM200,000 seorang bagi musim haji 1445H/2024M.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Anuar Ahmad berkata, jemaah berkenaan sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan kelebihan seperti jarak penginapan, sajian, penerbangan dan kemudahan lain.

Menurutnya, terdapat 25 agensi pelancongan diluluskan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang menawarkan pakej haji serendah RM50,000 seorang untuk musim haji kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penentuan pakej bergantung kepada perkhidmatan disediakan. Kita di bahagian operasi PJH perlu pastikan setiap ringgit daripada jemaah benar-benar se­timpal dengan wang yang mereka labur dan bayar.

“Ini peranan utama bahagian operasi PJH dari segi pelarasan dan pemantauan untuk memastikan semua jemaah dapat perkhidmatan terbaik tidak kira mereka menunaikan haji menerusi Tabung Haji atau PJH,” katanya ketika ditemui pembe­rita di sini.

Tambah Anuar, pihaknya sentiasa memantau operasi 25 agensi pelancongan yang diberikan lesen.

Jelasnya, pemantauan dilakukan PJH bermula daripada operasi sejak di tanah air hingga ke tanah suci termasuk penyelarasan penerbangan dengan pesawat sewa khas, penginapan di Madinah dan Mekah sehinggalah penempatan di khemah-khemah di Masyair.

Dalam pada itu, Anuar berkata, PJH menyediakan dua pasukan untuk Madinah dan Mekah bagi memantau agensi-agensi terlibat.

“Di Madinah kita ada pejabat zon diketuai seorang pengurus manakala di Mekah ada dua maktab diketuai pengurus seramai dua orang serta tiga petugas bagi setiap maktab.

“Di Mekah ada dua guru agama iaitu seorang lelaki dan seorang wanita untuk memantau di kedua-dua tempat tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini