Tidak faham syarat, mahu semak baki punca serbu pejabat KWSP

Tidak faham syarat, mahu semak baki punca serbu pejabat KWSP

PENCARUM beratur di luar Pejabat KWSP Alor Gajah, Melaka bagi menguruskan pengeluaran Akaun Fleksibel. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Tidak faham syarat pengeluaran Akaun Fleksibel dan mahu menyemak baki Akaun Sejahtera antara punca pencarum menyerbu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Alor Gajah di sini, semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pencarum yang mula beratur seawal pukul 8 pagi masih tidak mengetahui baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera dan tidak pasti berapakah peratusan pengeluaran yang dibenarkan.

Seorang pencarum, Mohamad Ridzuan Yusof, 42, berkata, dia hadir awal ke pejabat kerana mahu menyemak baki Akaun Sejahtera kerana tidak mahir menggunakan perkhidmatan dalam talian, i-Akaun.

Katanya, bersemuka dengan kakitangan KWSP lebih mudah kerana setiap persoalan dijawab dengan pantas dan meyakinkan.

“Saya mahu keluarkan wang caruman sehingga RM1,000 bergantung kepada baki yang ada. Saya tidak mahir menggunakan i-Akaun menyebabkan saya memilih datang sendiri ke pejabat KWSP.

Apa yang tidak faham boleh terus bertanya staf dan dapat jawapan segera. Berurusan di kaunter lebih senang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pencarum, Halimi Talib, 54, berkata, dia masih belum merancang jumlah pengeluaran kerana mahu menyemak baki Akaun Sejahtera terlebih dahulu.

Menurutnya, penggunaan i-Akaun sebelum ini agak terbatas kerana dia memerlukan bantuan orang lain untuk membuat transaksi.

“Saya tidak pasti berapa baki Akaun 2 (Akaun Sejahtera), sebab itu saya datang ke pejabat KWSP untuk bertanya. Jumlah yang akan dikeluarkan bergantung kepada peratusan yang dibenarkan KWSP.

“Saya juga mohon KWSP sediakan kaunter khas untuk pencarum yang mahu mengeluarkan Akaun Fleksibel agar perkhidmatan lebih pantas dan selesa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN