Permohonan Tengku Zafrul fail afidavit ditolak - Utusan Malaysia

Permohonan Tengku Zafrul fail afidavit ditolak

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memfailkan afidavit bagi membetulkan ‘kesilapan fakta’ berhubung permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tahanan rumah.

Hakim Amarjeet Singh membuat keputusan tersebut dalam kamarnya.

Bagaimanapun Tengku Zafrul boleh memohon semula sekiranya mahkamah sivil memberikan kebenaran kepada Najib pada 5 Jun ini untuk memulakan semakan kehakiman tahanan rumah.

Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui media di sini.

Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan berkata, mahkamah menolak permohonan itu di atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk individu bukan pihak dalam prosiding semakan kehakiman memfailkan afidavit.

Hari ini ditetapkan permohonan Tengku Zafrul untuk memfailkan afidavit dalam kes yang dikemukakan Najib berkait perintah tambahan penahanan rumah yang didakwa daripada Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN