Pembangunan Malaysia tidak lagi tertumpu di negeri tertentu

Pembangunan Malaysia tidak lagi tertumpu di negeri tertentu

ANWAR Ibrahim diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh ketika tiba di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka untuk Sambutan HBN 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pembangunan Malaysia dan kemasukan pelaburan asing di negara ini tidak lagi tertumpu kepada negeri-negeri tertentu seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua negeri layak menerima tumpuan sewajarnya bagi menambah peluang kepada anak-anak muda, terutama dalam soal pekerjaan.

Jelas beliau, sebagai contoh Sarawak kini mendapat perhatian para pelabur antarabangsa bagi sektor peralihan tenaga seperti hidrogen hijau dan ammonia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi maknanya tumpuan kita membangun negara ini sudah tidak tertentu seperti dulu. Dulu kita hanya lebih tumpu di Pulau Pinang, saya terima kasih kerana saya anak Pulau Pinang dan di Selangor atau sedikit di Kulim Hi-Tech, Kedah.

“Sekarang tiap kali saya jumpa pelabur-pelabur, saya bicara semua negeri baik Sabah atau Sarawak atau Selangor atau Kelantan atau Terengganu, Kedah, Perak. Sebab itu Perak kita gunakan Kerian Technology Park dengan tumpuan hijau supaya setiap kawasan di negara kita itu diberikan tumpuan untuk peluang bertambah, anak-anak muda kita bekerja.

“Negara Malaysia kalau kita bersatu hilangkan keangkuhan, hilangkan sikap-sikap perkauman sempit dan faham-faham kabilah kenegerian yang melampau, saya percaya Malaysia sebagai satu negara mampu diangkat sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negeri (HBN) 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini, hari ini.

Terdahulu, lawatan kerja singkat Perdana Menteri ke Jepun yang berakhir semalam dilihat memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara matahari terbit itu.

Lawatan kerja itu juga berjaya meraih potensi pelaburan baharu bernilai RM1.45 bilion dan eksport berjumlah RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini