Mahkamah tetapkan sebutan semula kes lelaki tembak isteri di KLIA 30 Jun

Mahkamah tetapkan sebutan semula kes lelaki tembak isteri di KLIA 30 Jun

HAFIZUL Hawari (tengah) diiringi polis semasa hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 30 Jun depan untuk sebutan semula kes Hafizul Hawari yang sebelum ini didakwa bagi tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata pada 15 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nik Habri Muhamad selepas pihak pendakwaan menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan hari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammad Shafiq Mohammad Lazim.

Mohammad Shafiq ketika ditemui pemberita berkata, prosiding hari ini melibatkan penyerahan dokumen sebelum tarikh sebutan semula yang ditetapkan pada 30 Jun depan.

“Hafizul ketika ini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor memandangkan dia turut menghadapi kes di Mahkamah Sesyen Sepang dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Hafizul yang merupakan pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 24 April lalu bagi tujuh pertuduhan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, peluru dan mercun.

Dia juga didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang bagi dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN