Balai polis diserang: Hasrat Muhammad Syafiq dirikan rumah tangga tak kesampaian - Utusan Malaysia

Balai polis diserang: Hasrat Muhammad Syafiq dirikan rumah tangga tak kesampaian

AINI Mohd. Shariff (tengah) kelihatan sugul ketika menerima kunjungan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di kediamannya di Taman Seri Mahkota Jaya di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru untuk bertunang dengan gadis pilihannya tahun ini tidak kesampaian.

Menceritakan perkara itu, ibunya, Aini Mohd
Shariff, 57, berkata, anaknya mengenali gadis terbabit yang berasal dari Felda Panching di sini sejak dari zaman persekolahan lagi.

“Anak saya sudah lama berkawan dengan gadis itu dan bercadang mendirikan rumah tangga tapi hasratnya tak kesampaian.

“Walaupun sedih, tetapi saya terima segala ketentuan Ilahi dan menganggap ini adalah ujian dari-Nya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Mahkota Jaya di sini hari ini.

Aini berkata, Allahyarham Muhamad Syafiq yang merupakan anak ketujuh dari lapan beradik disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan peramah.

“Setiap orang yang datang pada saya menyatakan Allahyarham seorang yang sangat baik di tambah pula Muhammad Syafiq pergi pada hari Jumaat.

“Pemergiannya juga pasti dirasai oleh ahli keluarga terutama adik bongsunya, Nur Aina Damia. Walaupun berbeza usia 10 tahun tapi mereka sangat rapat dan merupakan teman bergaduh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN