Remaja lelaki dituduh rogol adik kandung - Utusan Malaysia

Remaja lelaki dituduh rogol adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan merogol adik kandung perempuannya di Gemas pada Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol adik kandung perempuan yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gemas lebih kurang pukul 4 petang pada 6 Februari lepas.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ibu atau bapa tertuduh sahaja. 

Mahkamah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan. 

Sementara itu, dalam kamar sama, dua remaja lelaki berhadapan dengan tuduhan merogol kekasih masing-masing serta didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan. -UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN