Empat lelaki didakwa edar, miliki dadah

Empat lelaki didakwa edar, miliki dadah

EMPAT lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini, atas kesalahan mengedar serta memiliki dadah di Felda Jelai 1, Gemas, pada 2 April lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Tampin di sini, hari ini atas kesalahan mengedar serta memiliki dadah di Felda Jelai 1, Gemas, di sini, Selasa lalu.

Tiga daripada mereka iaitu Mohd. Ismail Ahmad, 44; Asri Sidek, 39; dan Abd. Samat Tompang, 42, yang berhadapan dengan pertuduhan bersama mengangguk faham sebaik pertuduhan pertama dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran, namun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan pertama kesemuanya telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat sebanyak 46 gram manakala bagi pertuduhan kedua pula didapati dalam milikan mereka dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 12 gram. 

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok di kebun kelapa sawit Felda Jelai 1 kira-kira pukul 9.15 pagi, 2 April lalu.

Sementara itu, dalam kamar yang sama, seorang lagi pengedar dadah, Hafizuddin Abu Kasim, 38, berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 20 gram dan didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 10.00 gram.

Bagi kesalahan pertama tertuduh menganguk faham dan bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbuatan itu dilakukan di kebun kelapa sawit Felda Jelai 1 kira-kira pukul 10.30 pagi, 2 April lalu.

Kesemuanya didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula bagi kesemua kes pada 13 Mei ini bagi sebutan kimia dan tidak menawarkan sebarang wang jaminan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman dilaporkan berkata, seramai 26 penagih berusia 28 hingga 60 tahun termasuk pengedar dadah ditangkap polis dalam operasi serbuan di kawasan kebun sawit Felda Jelai di Gemas di sini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN