Dugong ditemukan mati terdampar di Tanjung Leman

Dugong ditemukan mati terdampar di Tanjung Leman

DUGONG dewasa bersaiz panjang satu meter yang ditemukan terdampar di kawasan pantai berhampiran Tanjung Leman, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seekor dugong dewasa bersaiz panjang satu meter yang dipercayai mati beberapa hari lalu ditemukan terdampar di kawasan pantai berhampiran Tanjung Leman, dekat sini.

Bertindak hasil aduan awam, anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Mersing telah bergegas ke lokasi berkenaan untuk mengambil sampel bangkai dugong tersebut bagi siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian.

Jabatan Perikanan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, perairan Johor adalah satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia di mana dugong boleh ditemukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun, populasi dugong semakin berkurangan akibat ancaman kehilangan serta kemusnahan habitat dan ekosistem rumput laut. 

“Antara tahun 2015 hingga 2022, kira-kira 10 kematian dugong, terutamanya bayi telah dilaporkan. Walaupun tiada data sebenar populasi dugong di Kepulauan Mersing, Pertubuhan Penyelidikan MareCet telah menganggarkan populasi dugong kurang daripada 100 ekor,” demikian menurut kenyataan itu.

Padang rumput laut di Pulau Sibu dan Pulau Tinggi merupakan kawasan ragut yang penting bagi spesies dugong. 

Keunikan serta kesuburan kawasan rumput laut di Johor penting bukan sahaja untuk kemandirian spesies dugong, malah memberi perlindungan kepada pelbagai biodiversiti marin di kawasan tersebut.

“Seekor dugong dikatakan perlu memakan kira-kira 40 kilogram rumput laut sehari, sinonim dengan gelaran diberikan kepada haiwan berkenaan, iaitu ‘lembu laut’. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan dalam proses untuk mewartakan kawasan Kepulauan Mersing sebagai kawasan Santuari Dugong untuk melindungi populasi dugong dan rumput laut. 

“Dengan adanya penubuhan santuari ini, diharap dapat memberi perlindungan kepada spesies tersebut, malah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang spesies terancam dugong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini