Anggur hidup subur dalam cuaca panas

Anggur hidup subur dalam cuaca panas

SHUHAIMI Ishak dan isterinya, Siti Saloma Saad memeriksa daun anggur di ladang mereka di Ulu Dedap dekat Pasir Salak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Berikutan kejayaan tanaman anggur di Lekir di Manjung, Ladang Anggur Saloma menambah keluasan tanaman tersebut di Parit Haji Saad Kampung Sungai Jejawi Ulu Dedap dekat sini seluas 1.6 hektar.

Pengusaha tanaman anggur, Shuhaimi Ishak, 60, berkata, projek tersebut dimulakan sejak Jun lalu dan dijangka mengeluarkan buah pada Oktober ini.

Shuhaimi yang merupakan seorang bekas juruukur bahan berkata, apa yang diusahakan bersama isterinya, Siti Saloma Saad dan dua anak mereka, membuktikan pokok anggur juga boleh ditanaman di kawasan bercuaca panas di negara ini.

Menggunakan pengalamannya mengenai tanaman di negara beriklim sejuk ketika bekerja di luar negara, Shuhaimi kini menanam 432 pokok anggur pelbagai jenis yang hidup subur.

Katanya, dia menyesuaikan kaedah tanaman anggur mengikut cuaca panas di negara ini dengan membina batas yang tinggi selain memastikan kadar siraman air yang mencukupi untuk pokok dapat membesar dengan baik.

“Kami juga cipta sendiri rumah lindungan hujan. Sebenarnya pokok anggur lebih elok cuaca yang panas dan tidak dilindungi apa-apa seperti bayang-bayang daun pokok kelapa sawit, lebih elok di tempat lapang.

“Buat masa ini pokok anggur yang saya tanam pada fasa penghujung untuk berbuah yang dijangka pada Oktober ini.

“Saya menjangkakan hasil yang baik bagi membuktikan pokok anggur juga boleh ditanam di kawasan cuaca panas,” katanya.

Menurutnya, pokok anggur sebenarnya satu tanaman yang lasak dan mampu hidup lama serta perlukan cuaca panas.

Katanya, dia menjangkakan pokok anggur yang ditanam mampu mengeluarkan hasil lebih banyak kerana boleh berbuah dua kali atau lebih dalam masa setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN