UMNO fokus kerjasama Kerajaan Madani, enggan fikir MN

UMNO fokus kerjasama Kerajaan Madani, enggan fikir MN

AHMAD Zahid Hamidi (dua kiri) menyerahkan watikah perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kelantan di Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: UMNO menegaskan parti itu mahu memberikan fokus kepada kerjasama dengan parti Kerajaan Madani daripada memikirkan cadangan Pas untuk membentuk Muafakat Nasional (MN).

Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembentukan kerjasama dengan parti Kerajaan Madani bagi memastikan kestabilan politik negara berada dalam keadaan baik.

“Bagi saya Pas tidak perlu menanam tebu dihujung bibir berhubung isu mahu menghidupkan semula MN. Jangan hanya bercakap sedap di mulut.

“Bila UMNO mulakan dengan niat ikhlas pemimpin mereka sendiri menolak. Yang meninggalkan MN bukan UMNO, yang meruntuhkan penyatuan ummah juga bukan UMNO, sebaliknya mereka (PAS) yang meruntuhkannya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar terbuka ‘menghidupkan semula’ MN menerusi kerjasama politik antara parti berasaskan Melayu termasuk serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, beliau menyerahkan kepada rakyat menilai perkara tersebut dan UMNO tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Bila mereka (PAS) berada dalam zon selesa, mereka mula menerajang, memukul dan menendang kawan-kawan. 

“Jadi, biarlah ikhlas berpolitik walaupun politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN