Ubur-ubur api 'serang' Pantai Geting

Ubur-ubur api ‘serang’ Pantai Geting

ubur-ubur
ANGGOTA pasukan Penyelamat Pantai APM meletakkan papan tanda amaran kehadiran ubur-ubur api di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pengunjung Pantai Geting di sini dikejutkan dengan kemunculan ubur-ubur spesies Physalia Physalis atau Portuguese Man of War Jellyfish yang juga dikenali dengan ubur-ubur api.

Ubur-ubur tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung jika disengat kerana ia sangat menyakitkan dan racunnya juga boleh mendatangkan risiko kematian.

Namun tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati orang ramai melakukan aktiviti mandi laut dan bermain di pesisir pantai seperti biasa walaupun papan tanda amaran dan bendera merah sudah dinaikkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengunjung, Halim Ismail, 50, berkata, dia sama sekali tidak mengetahui kehadiran ubur-ubur tersebut.

“Setahu saya, hidupan laut ini ditemukan terdampar di kawasan Pantai Bachok sahaja,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Fasihah Ashar, 19, memberitahu, dia bernasib baik tidak disengat oleh ubur-ubur semasa bermain air di kawasan pantai berkenaan.

Katanya, dia hanya tahu perkara itu selepas dimaklumkan oleh pasukan penyelamat pantai yang membuat rondaan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Tumpat, Leftenan (PA) Fuad Ismail berkata, kehadiran hidupan laut tersebut dikesan sejak petang kelmarin hasil pemantauan yang dijalankan

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lebih  100 ekor ubur-ubur yang sudah mati ditemui terdampar.

“Saya nasihatkan kepada semua pengunjung supaya sentiasa wasapada dan seboleh-bolehnya elak bermain di kawasan gigi air,” ujarnya.

Sebelum ini ubur-ubur itu muncul di perairan pantai  di pantai Senok, Kemayan, Damat, Pantai Irama dan beberapa pantai lain di Bachok.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Kelantan mengesahkan kehadiran ubur-ubur berbahaya spesies physalia physalis di perairan negeri itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan DOF Kelantan melalui satu kenyataan di laman Facebooknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini