KUALA TERENGGANU: Seorang mualaf menyediakan menu nasi daun lemuni dengan itik panggang sebagai juadah utama di Bazar Ramadan Shahbandar di sini. Nurkhaalishah, 37, berkata, perniagaan yang mula diusahakan di bazar Ramadan itu pada tahun ini mempertaruhkan menu tersebut kerana ia sangat unik dan dipercayai satu-satunya nasi daun lemuni yang ada dijual di Terengganu ketika ini. Menurutnya, daun lemuni mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan khususnya kepada wanita selepas bersalin dan individu…