Terengganu teliti prestasi kewangan anak syarikat

Terengganu teliti prestasi kewangan anak syarikat

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) mengiringi Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) melawat reruai pameran semasa Seminar Biodiversiti Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu melaksanakan pemantauan berkala dan penambahbaikan pengurusan bagi memulihkan prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri susulan 20 daripada 26 syarikat berkenaan mencatatkan kerugian berjumlah RM24.01 juta pada 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menjalankan audit sendiri selain pemantauan oleh Jabatan Audit Negara bagi meneliti kedudukan kewangan, prestasi operasi serta masalah yang dihadapi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita menyambut baik dapatan-dapatan audit dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, terdapat perbezaan besar dari segi usaha mengurangkan kerugian yang ditanggung syarikat,” katanya selepas mengiringi Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin pada Seminar Biodiversiti Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri susulan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026 bagi Terengganu yang tular sebelum ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha memulihkan prestasi syarikat berkenaan termasuk mengambil langkah menyusun semula operasi syarikat yang tidak menjana pendapatan.

Katanya, selepas mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, kerajaan negeri mendapati terdapat syarikat yang langsung tidak mempunyai hasil selain beberapa syarikat berstatus dorman yang masih dikekalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini