Orang Asli, pelancong asing antara 1,675 saudara baharu di Selangor

Orang Asli, pelancong asing antara 1,675 saudara baharu di Selangor

Pelancong asing memeluk Islam
SALEHUDDIN Saidin bergambar bersama penerima pada Majlis Apresiasi dan Jalinan Ukhuwah Pusat Pengurusan Pengislaman 2026 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN /AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 1,675 individu di Selangor memeluk agama Islam tahun lalu terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan juga pelancong asing.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, jumlah tersebut direkodkan pihaknya menerusi pendaftaran mualaf yang dilaporkan meningkat meliputi 82 peratus individu diislamkan menerusi 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS di negeri ini.

“Seramai 168 individu turut didaftarkan pengislaman mereka di Ibu Pejabat MAIS, Pejabat Ketua Pendaftar Mualaf dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

“Statistik itu merekodkan peningkatan berbanding sebelum ini dan faktor utamanya kerana mereka menerima hidayah Allah selain tertarik dengan keindahan Islam,” katanya selepas merasmikan majlis Apresiasi dan Jalinan Ukhwah PPP 2026 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, MAIS menyalurkan sumbangan berjumlah RM94,000 kepada PPP yang membantu menguruskan pendaftaran pengislaman mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut Salehuddin, mualaf perlu mendaftarkan pengislaman bagi mengelak kesulitan terutama berkaitan tuntutan harta, urusan kematian dan bantuan disediakan kepada golongan itu.

“Mereka antaranya bimbang keluarga mengetahui perkara itu (peluk Islam) atau berkecil hati dan memikirkan risiko keselamatan diri.

“Biarpun jumlah itu hanya kecil, mereka perlu menyedari kesan pada masa depan termasuk tidak dapat memanfaatkan kemudahan seperti bimbingan agama dan bantuan zakat,” ujarnya.

Justeru, tambah beliau, PPP berfungsi melancarkan proses pengurusan pengislaman dan membantu MAIS serta Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dalam proses penjagaan, perlindungan serta pengajaran kepada asnaf mualaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN