Martabak gebu dapat sambutan

Martabak gebu dapat sambutan

MARTABAK dijual Adi Ibra Ruzali kelihatan gebu dan kemas mendapat pujian ramai selepas video mengenainya tular dalam media sosial. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang peniaga martabak di Stadium Mini Tampin di sini tidak menyangka perkongsian video bertajuk Murtabak Acuan Azam yang dimuat naik oleh anak saudaranya tular dalam media sosial dan mene­rima pujian ramai.

Ini disebabkan kekemasan martabak dihasilkan selain kelihatan gebu dengan isi daging atau ayam yang banyak.

Adi Ibra Ruzali, 47, berkata, dia mengakui gembira apabila video itu tular dan ramai yang datang untuk melihat dan membeli.

“Kami membuat sendiri acu­an supaya martabak sentiasa kelihatan kemas bersaiz empat segi. Acuan ini sudah dibuat sejak 27 tahun lalu.

“Jualan hari biasa sekitar 300 keping, namun apabila Ramadan boleh lebih daripada itu. Harga jualan masih kekal sama sejak empat tahun lalu iaitu RM6 untuk martabak ayam dan RM7 daging,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia dalam pada itu memberi­tahu, martabaknya memang dikenali penduduk setempat selain pengunjung pasar tani di empat lokasi iaitu Pasar Tani Shah Alam, Pasar Tani Rembau, Pasar Tani Ampangan dan Pasar Tani Tampin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN