Mahu satu dipaksa beli dua, pembeli dakwa sup daging ada telur lalat

Mahu satu dipaksa beli dua, pembeli dakwa sup daging ada telur lalat

TELUR lalat pada sup daging dibeli seorang pengunjung di bazar Ramadan yang beroperasi di Semabok, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengunjung bazar ramadan di Semabok di sini meluahkan rasa kecewa dan terkejut, selepas mendapati terdapat telur lalat pada sup daging dibelinya, semalam.

Menerusi hantaran di platform Facebook, pengunjung itu mendakwa, peniaga terlibat enggan memulangkan baki wang selain memaksanya membeli dua bekas sup daging.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor singgah di bazar berkenaan kerana mahu menikmati juadah sup daging kawah untuk berbuka puasa.

“Sebekas RM5 dan saya hulurkan pak cik (peniaga) ini RM10, tetapi pak cik beritahu sup daging dia sedap dan minta saya ambil dua bekas. Saya cuma hendak satu bekas sahaja sebab hanya saya seorang yang hendak makan.

“Penjual ini tetap berkeras dengan memberikan saya lagi satu mangkuk sup kosong tanpa isi daging. Saya masih menunggu baki pulang saya tetapi pak cik ini tetap jual dua bekas tanpa daging pada saya dengan RM10 (dan) saya akur.

“Baliknya saya ke rumah hendak berbuka puasa, lihatlah telur lalat selesa tinggal di dalam cencorong tulang. Ini ke yang dikatakan sedap? Daging berbau. saya sangat terkilan dan kecewa,” katanya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mementingkan diri sendiri dan tidak menjaga kebersihan oleh peniaga.

Seorang warganet turut mempertikaikan tindakan peniaga itu yang dilihat seolah-olah memaksa pelanggan membeli juadahnya.

“Bab telur lalat mungkin peniaga terlepas pandang tetapi bila bab muamalat dalam berniaga itu boleh jatuh urus niaga yang tidak berkat, asbab pembeli tidak reda dan memaksa,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, Utusan Malaysia sedang cuba mendapatkan penjelasan peniaga terbabit mengenai dakwaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×