Wanita OKU maut, kereta dipandu langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Wanita OKU maut, kereta dipandu langgar belakang lori

KEADAAN kereta mangsa yang remuk setelah melanggar belakang lori di Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pekerja am ‘Shopee’ yang membuat hantaran tular di aplikasi Threads, kelmarin disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru – Air Hitam di sini, awal pagi tadi.

Hantaran dimuat naik mangsa wanita berusia 32 tahun itu bertanyakan pengguna aplikasi tersebut sama ada dapat melihat garisan atau urat timbul di dahinya yang kelihatan seperti ulat.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai dan salah seorang pengguna aplikasi itu membalas dengan kenyataan keadaan urat timbul tersebut dikaitkan dengan petanda akan meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biasa timbul urat ni nak meninggal,” tulis seorang pengguna aplikasi berkenaan di ruang komen, semalam, sebelum hantaran itu terus mendapat perhatian ramai apabila wanita berkenaan dilaporkan sudah meninggal dunia, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang memandu kereta Honda Jazz dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru – Air Hitam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) pekak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kemalangan nahas itu pada pukul 6.15 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Jazz dipandu mangsa dari arah Kulai Besar ke Johor Bahru telah hilang kawalan.

“Kereta wanita itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 66 tahun yang sedang berhenti di lampu isyarat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang bekerja di Taman Teknologi di sini, parah di bahagian kepala, manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd. Fatin Mohd. Radzi di talian 018-3649199. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×