Kudung sebelah tangan tidak halang cari rezeki di bazar Ramadan

Kudung sebelah tangan tidak halang cari rezeki di bazar Ramadan

MUHAMAD Saiful Salleh lincah memasak menggunakan sebelah tangan di bazar Ramadan Gua Musang, padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang kudung sebelah tangan tetap kental mencari rezeki dengan menggoreng kuetiau dan mi tanpa rasa kekok di bazar Ramadan di sini sejak 15 tahun lalu.

Muhamad Saiful Salleh, 35, berkata, pengalaman berniaga sejak berusia 20 tahun membuatkannya tidak kekok untuk memasak, mengisi makanan ke dalam bekas serta membungkus makanan dengan hanya menggunakan sebelah tangan kanannya.

“Saya tidak mahu menganggap kekurangan diri untuk saya berpeluk tubuh sebaliknya terus berdikari menjana pendapatan sebagai peniaga makanan.

“Setiap hari saya perlu menggoreng sekurang-kurangnya 40 kilogram (kg) makanan itu untuk dijual kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Gua Musang di padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini.

Muhamad Saiful memberitahu, hasil berniaga dia mampu menyara diri sendiri, ibu, isteri dan dapat membeli kenderaan peribadi serta kenderaan untuk berniaga.

“Bagi menambah lagi pendapatan saya juga mengembangkan cabang pendapatan dengan berniaga 10 perisa air balang dan buah kurma.

“Saya menjual mi dan kuetiau goreng serta mi segera goreng pada harga RM5 setiap hidangan,” ujarnya.

Muhamad Saiful berkata, selain itu dia turut berniaga di pasar tani untuk tambah pendapatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN