Anggota bomba keluarkan jari telunjuk kanak-kanak terlekat pada bekas sudu - Utusan Malaysia

Anggota bomba keluarkan jari telunjuk kanak-kanak terlekat pada bekas sudu

JARI telunjuk kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang terlekat pada lubang bekas sudu logam berjaya dikeluarkan di Balai Bomba Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - FOTO/BBP Kuala Lipis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk tangan kanannya terlekat pada lubang bekas sudu logam di Kampung Relong di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, pada awalnya usaha melepaskan jari telunjuk kanak-kanak terbabit dilakukan ibunya, Norlizawati Harun, namun gagal malah kelihatan jari anak perempuannya mula bengkak dan sakit.

Ibu mangsa segera membawanya ke Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan anggota bomba bertugas.

Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, kanak-kanak itu dibawa oleh Norlizawati ke BBP Kuala Lipis pada pukul 3.30 petang setelah usaha mengeluarkan jari anaknya gagal.

“Setibanya di balai bomba, kita mendapati jari telunjuk kanak-kanak berkenaan sudah membengkak apabila agak lama terlekat pada lubang bekas sudu logam.

“Dua orang anggota bomba yang bertugas segera melakukan penugasan mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan peralatan khas cuma dalam tempoh 10 minit sahaja,” katanya di BBP Kuala Lipis di sini hari ini.

Menurut Haslizan, anggota bomba terpaksa memotong bekas sudu itu dengan berhati-hati kerana jari mangsa sudah mula membengkak bagi mengelakkan kecederaan.

“Jari kanak-anak ini berjaya dikeluarkan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan, kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah bersama ibunya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN