KUALA LUMPUR: Parti-parti pembangkang belum memberi jawapan sama ada akan hadir ke Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac ini. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf berkata, pihaknya telah menghantar jemputan melalui surat rasmi kepada pemimpin-pemimpin pembangkang Perikatan Nasional (PN). “Surat jemputan sudah dihantar cuma saya belum ada makluman terkini. Tetapi nanti saya akan buat satu lagi kenyataan…

 
								 
											









