Sekat hak ahli Parlimen kesalahan jenayah

Sekat hak ahli Parlimen kesalahan jenayah

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan menyekat seseorang ahli parti politik daripada membuat keputusan secara sendirian merupakan satu kesalahan jenayah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana perkara tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, sekalipun peruntukan itu ada digariskan dalam perlembagaan parti masing-masing.

Malah beliau dalam masa sama turut mempersoalkan sama ada perlembagaan sesebuah parti yang mempunyai peruntukan sedemikian selaras dengan undang-undang negara atau sebaliknya.

“Sebabnya dalam undang-undang kita dan dalam Perlembagaan Persekutuan, hak seseorang ahli Dewan Rakyat untuk suarakan pendapat serta mengundi mengikut apa yang dia suka itu merupakan hak dia.

“Malah, ia juga hak mutlak ahli Dewan Rakyat. Kalau kita tengok keistimewaan mereka, terdapat peruntukan tentang apa-apa tindakan, sesiapa pun yang cuba mempe­ngaruhi ahli Dewan Rakyat atau menghalang mereka daripada mengundi mengikut apa yang dia nak buat, itu adalah satu kesalahan jenayah,” katanya baru-baru ini.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tambah Azhar, perkara ter­sebut dilihat rumit dan tidak semudah dengan hanya mengikut perlembagaan parti semata-mata.

“Kita tidak boleh kata kalau perlembagaan parti ‘A’ tetapkan sekiranya tidak mengundi sebagaimana diperintahkan parti A akan tamat keahlian secara automatik dan dianggap lompat parti. Ia tidak semudah itu.

“Sebab ada lagi isu perundangan dan isu asas yang terkait hak dengan keistimewaan ahli Dewan Rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN