‘Saya berusaha untuk terus hidup demi keluarga di Palestin’

‘Saya berusaha untuk terus hidup demi keluarga di Palestin’

ROLA Salem (tengah) berbual dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas Majlis Peluncuran Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (Spike) di Desa KEDA Seberang Paya Kercut di Kepala Batas, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang gadis dari Gaza, Palestin yang juga mahasiswa Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) me­ngakui hampir putus asa dan kemurungan apabila mengingatkan situasi yang menimpa keluarganya di negara bergolak itu.

Namun menurut Rola Salem, 20, penuntut tahun pertama jurusan Komunikasi dan Media AIU, dia harus bersabar dan kuat demi menunaikan amanah daripada keluarga yang menghantarnya ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

“Saya berusaha untuk terus hidup di sini demi keluarga di Palestin walaupun saya mungkin tidak akan dapat bertemu dengan mereka lagi. Keadaan masih genting di Gaza dan keluar­ga saya berada dalam ke­a­da­an tidak selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kali terakhir saya bercakap dengan kakak adalah beberapa minggu lepas dan tidak lagi dapat berhubung selepas itu. Mereka selalu menasihati saya terus kuat, bersabar dan terus hidup kerana mereka boleh terkorban bila-bila masa sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Rola, kali terakhir dia bertemu dengan anggota keluarganya adalah dua tahun lepas sebelum berlepas ke Malaysia untuk menyambung pengajian di AIU.

“Sewaktu itu keadaan masih terkawal namun saya tetap berat untuk pergi. Ibu bapa yang menasihatkan saya supaya tabah. Hasrat saya adalah untuk menjadi wartawan selepas menamatkan pengajian.

“Di Gaza atau di sini (Malaysia)? Hanya Tuhan yang menentukan. Walaupun seolah-olah tiada masa hadapan di Gaza namun saya masih terus berdoa akan perang ini akan segera berakhir,” kata anak bongsu dari lapan adik beradik ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×