Restoran tomyam diserbu, 11 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Restoran tomyam diserbu, 11 warga asing ditahan

ANGGOTA penguat kuasa MBS dan anggota JIM Negeri Sembilan ketika mengadakan pemeriksaan di sebuah restoran tomyam di Nilai, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 11 warga asing ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan bersama oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di beberapa buah restoran tomyam di Nilai di sini petang semalam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, sebanyak lima buah premis restoran tomyam di Taman Desa Jasmin dan Taman Desa Casuarina, Nilai di sini telah diperiksa dalam usaha pihak berkuasa dalam usaha membanteras warga asing.

Menurut beliau, pihak JIM memaklumkan kesemua yang ditahan itu merupakan warga Thailand berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.

“Seramai 11 warga asing ditahan menerusi dua restoran tomyam yang diperiksa kerana melanggar syarat pas ditetapkan. Kesemuanya membabitkan lima orang lelaki, lima wanita beserta seorang kanak-kanak perempuan. 

“Berikutan itu, mereka disiasat dibawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.

Sementara itu Masri berkata, dalam operasi tersebut juga, pihaknya telah mengeluarkan notis sitaan ke atas salah sebuah restoran tomyam kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan menjalankan perniagaan secara haram. 

“Premis berkenaan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran.

“Selain itu, dua kompaun turut dikeluarkan kerana langgar syarat sah lesen di bawah Seksyen UUK 6(3) Undang-Undang Kecil Penjaja MBS atas kesalahan menggaji pekerja warga asing,” katanya yang turut memberitahu MBS telah menyita sebanyak 180 buah kerusi, 14 unit meja dan enam tong gas dalam serbuan itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya