Kertas siasatan babit rasuah RM6 juta KFA di peringkat akhir

Kertas siasatan babit rasuah RM6 juta KFA di peringkat akhir

KERETA yang membawa Muhammad Sanusi Md. Nor keluar dari pekarangan Ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kanan Siasatannya, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum.

Menurutnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran berkenaan kerana ia me­ngandungi maklumat sensitif dan rahsia.

“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini, SPRM memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Muhammad Sanusi hadir ke Ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 8.30 pagi semalam bagi memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan Muhammad Sanusi akan diambil SPRM dalam masa terdekat.

Siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri ber­kenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×