Pencen: Tok Mat minta beri sedikit masa

Pencen: Tok Mat minta beri sedikit masa

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan seorang pegawai tentera luar negara ketika hadir pada Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Maktab Turus Angkatan Tentera di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersabar dan memberi sedikit masa kepada kerajaan berhubung isu pelarasan pencen yang didakwa sudah lama berlarutan.

Mohamad memberi jaminan isu berkenaan akan turut di­semak dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka diumumkan pada pertengahan tahun depan.

“Kita sedang buat. Bukan kita tak buat apa-apa. Itu terpulang kepada mereka nak bawa ke mahkamah. Itu hak mereka.

“Tapi bagi pihak kerajaan, pelarasan pencen ATM ini juga akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti oleh JPA ketika ini,” katanya selepas Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2023 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan segelintir veteran ATM yang memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung isu penyelarasan pencen baru-baru ini.

Mohamad berkata, ketika ini, JPA sedang mengenal pasti serta berunding dengan semua pemegang taruh bagi melancarkan semakan SSPA itu sekali gus memberi jaminan tidak akan ada pihak yang tertinggal.

“Kita (kementerian) telah bagi input kepada JPA dan dua tiga bulan ini tengah berun­ding macam-macam, boleh jadi (SSPA dimuktamadkan) bulan enam atau tujuh tahun depan.

“Kita faham dan bersama-sama dengan mereka (veteran ATM) untuk kita pastikan bahawa skim saraan pencen baharu kelak akan dapat dirasai oleh semua veteran ATM,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (GM400) yang akan ditempatkan di Bintulu, Sarawak kelak menjadi radar utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal sempadan negara.

Katanya, radar berkapasiti tinggi itu akan memberi tambah nilai kepada urusan mengawal sempadan daripada di­cerobohi dan mengenal pasti masalah dihadapi di Laut China Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN