Covid-19: SOP TRIIS, MySejahtera aktifkan semula - Utusan Malaysia

Covid-19: SOP TRIIS, MySejahtera aktifkan semula

covid-19
Kerajaan digesa aktifkan smeula SOP TRIIS dan MySejahtera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dicadang memperkenal dan menggalakkan semula prosedur amalan standard (SOP) TRIIS sebagai antara langkah-langkah pencegahan menghadapi kemungkinan berulangnya peningkatan kes Covid-19 besar-besaran

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming dalam satu kenyataan bersama berkata, ia memandangkan kes baharu Covid-19 mencecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember lepas, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.

Justeru, mereka berkata, amalan TRIID iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan) perlu diperkenalkan semula supaya dapat bersama-sama mengambil langkah pencegahan, sementara sektor awam bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu jangkitan Covid-19.

“Kedua, kementerian perlu mengesyorkan pengambilan suntikan dos penggalak terutamanya dalam  kalangan golongan rentan dan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka dengan sistem imun yang lemah. 

“KKM harus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memudah cara proses perolehan yang telus bagi mendapatkan varian-varian terbaru vaksin penggalak yang terdapat di pasaran. 

“Pada masa sama, KKM harus mula mengaktifkan semula ekosistem imunisasi di seluruh negara melalui klinik dan hospital swasta serta kerajaan,” kata mereka dalam kenyataan.

Sementara itu, Khairy dan Kian Ming menggesa kementerian mempertimbang untuk memulakan semula penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tujuan laporan dan pemantauan kesihatan para pesakit Covid-19.

Pada masa sama, mereka berkata, KKM juga harus mengerahkan pasukan analisis datanya atau bekerjasama dengan pihak lain yang mempunyai keupayaan analisis data untuk menganalisis data baharu Covid-19. 

LOKASI

“Ini bagi mengenal pasti corak penyebaran wabak berdasarkan lokasi, tempat kerja dan lain-lain data demografik pesakit. 

“Para penyelidik juga boleh mengakses data awam Covid- 19 di https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public untuk membantu dalam tugasan menganalisis data,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, KKM juga harus bekerjasama rapat dengan MITI dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengesan corak penyebaran jangkitan dalam kalangan pekerja kilang serta menjalankan siasatan ke atas keadaan hidup para pekerja tersebut. 

Kata kenyataan itu, salah satu sebab terjadinya ‘kluster kilang’ semasa pandemik lalu adalah kerana ramai dalam kalangan pekerja yang kebanyakannya warga asing, tinggal berhimpit dalam kediaman yang terlalu sesak dan tanpa pengudaraan yang baik. 

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat-syarikat yang masih menempatkan pekerja asing mereka dalam keadaan daif dan tidak mematuhi piawaian buruh antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kementerian juga harus mempertimbangkan untuk menerbitkan data harian kematian kes Covid-19 sebagai cara memaklumkan masyarakat tentang bahaya varian baharu virus, bagi menggalakkan orang ramai terutamanya golongan berisiko tinggi supaya mengambil suntikan dos penggalak mereka.

“Lonjakan terbaharu kes-kes Covid-19 ini diharap hanya bersifat sementara namun berdasarkan pengalaman berhadapan dengan pandemik lalu, kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi bersama-sama melindungi semua masyarakat yang tinggal di negara kita,” kata kenyataan itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya