Tiga PPS dibuka di dua daerah di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Tiga PPS dibuka di dua daerah di Kuala Terengganu

PASUKAN keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di dua daerah di Terengganu yang menempatkan lebih 155 keluarga setakat pukul 10 pagi ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, dua PPS kini beroperasi di Kuala Nerus iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal dan Dewan Flat Batin Perdana.

Menurutnya, di Kuala Terengganu pula, satu PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering.

“Ketika ini, proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa penempatan penduduk yang terjejas banjir terutama di kawasan rendah.

“Secara umumnya, hujan turun menyeluruh di negeri Terengganu bermula awal pagi tadi. Penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter (mm) di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 100 mm di sekitar daerah Kuala Nerus, Besut, Setiu dan Marang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan penutupan jalan yang telah dinaiki air dan menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak mereka kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang insiden termasuk kehilangan nyawa dalam tempoh bencana kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya