PETALING JAYA: Sebanyak 36.3 peratus atau 23,869 daripada 67,758 banduan yang ditahan di 47 buah penjara di seluruh negara adalah tahanan reman membabitkan pelbagai kes jenayah kecil-kecilan terutama dadah. Tahanan tersebut turut membabitkan orang kena tuduh (OKT) yang tidak mampu membayar wang ikat jamin walaupun hanya dituduh melakukan kesalahan kecil seperti mencuri barang-barang di pasar raya dan lain-lain premis. Dengan jumlah 23, 869 tahanan reman kerajaan terpaksa membelanjakan kos makanan…