KUALA LUMPUR: Pendirian tegas Malaysia mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin tidak menjejaskan ekonomi dan pelaburan syarikat asing khususnya dari Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ketika ini Malaysia terus meraih komitmen pelaburan tambahan sebanyak RM60 bilion dari ASketika lantang menyokong Palestin. Menurut beliau, nilai pelaburan itu diperoleh ketika beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation…










