Kerajaan mahu Felda jadi kubu ekonomi orang Melayu - Anwar

Kerajaan mahu angkat Felda jadi kubu ekonomi orang Melayu – Anwar

anwar
ANWAR Ibrahim (dua, kiri) meninjau pelan pembinaan rumah generasi kedua Felda ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah Terengganu di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus mengangkat martabat Felda sebagai kubu kuat ekonomi dan pendapatan orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, ia bukan sahaja tentang perumahan malah soal digital, ilmu dan pendidikan bagi menaikkan lagi mutu Felda.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru ambil alih kerajaan setahun dan kita telah lakukan sebaiknya (untuk Felda).

“Kita hendak Felda kuat, bila Felda kuat kita hendak kerajaan dan politik yang kuat dan stabil. Bila politik stabil kita boleh tambah peruntukan. Sekarang imej kita (Kerajaan Perpaduan) baik di mata dunia ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di sini malam ini.

Anwar berkata, beliau juga akan memberikan keutamaan kepada menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

“Ada orang kata, saya umum tak jalan. Saya umum kemiskinan tegar dari 130,000 keluarga, kini tinggal sekitar 11,000 hingga 12,000. Malaysia negara pertama di dunia berjaya menyelesaikan isu kemiskinan tegar.

“Tandas sekolah, 8,360 tandas sekolah yang dibaiki. Kawasan Felda, kampung, Ketengah, anak kita pergi sekolah tandas tak sempurna, saya lihat dari bawah dan kita selesaikan masalah dari bawah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya