Jangan lengah lulus projek DBKL - Utusan Malaysia

Jangan lengah lulus projek DBKL

Anwar Ibrahim pada majlis melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2040 di Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melengahkan kelulusan sebarang projek yang diputuskan supaya memudahkan urusan perniagaan kepada semua pihak termasuk pelaburan asing.

Perdana Menteri berkata, tindakan melengahkan pelaksanaan projek akan memberi kesan dan kesukaran kepada pelbagai pihak khususnya jika ia membabitkan kepentingan pelabur dan masyarakat.

“Sebab itu kita putuskan tadi, selepas dua minggu, laporan mesti sampai untuk dibentang, pelaksanaan (projek pembangunan) yang sudah diputuskan tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak, nanti pihak pengurusan tangguh sampai tahun depan kerana katanya bulan Disember ini bulan yang separuhnya cuti. Cuti-cuti juga, tapi dalam Disember itu mesti ada laporan berkala,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2040 di sini semalam.

Anwar berkata, beliau juga belum berpuas hati dengan tahap kecepatan bagi meluluskan sebarang projek yang sudah diputuskan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita mahu tahap kecepatan kelulusan projek bukan sahaja di bandaraya (DBKL) tapi seluruh negara.

“Walaupun kita efisyen, tapi tahap kecepatan kelulusan itu masih belum memuaskan, kita tak boleh lengahkan projek yang sudah diputus dan diluluskan. Kita masih tertinggal berbanding negara lain termasuk Vietnam dalam soal kecepatan ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, PSKL 2040 sebelum ini ditangguhkan susulan permintaan kerajaan bagi mengubahsuai pelan tersebut supaya dapat diselaraskan mengikut kerangka Madani yang diperkenalkannya.

Bagaimanapun katanya, beberapa pelan dan struktur yang telah dipersetujui sebelum ini tetap diteruskan dengan beberapa penekanan tambahan supaya ia bersesuaian dengan situasi semasa.

“Tentunya beberapa pelan dan struktur dipersetujui dulu kita teruskan tetapi yang kita masukkan ada beberapa penekanan tambahan, ini termasuk umpamanya isu merakyatkan mana-mana pelan struktur dari segi perumahan, kehijauan (dan) taman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini