Bayi 19 hari dipindahkan ke PPS SK Jelawat

Bayi 19 hari berpindah ke PPS SK Jelawat

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Balai Bachok memangku seorang bayi berusia 19 hari untuk dibawa ke PPS SK Jelawat selepas rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Dusun Durian, Bekelam, Bachok, Kelantan-IHSAN BOMBA BACHOK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang bayi berusia 19 hari bersama keluarganya terpaksa dipindahkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok selepas rumah mereka di Kampung Dusun Durian, Bekelam dekat sini ditenggelami banjir hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam satu kenyataan berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Zamizi Muhammad telah dikerahkan ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir tersebut.

“Pemindahan ini melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanan-kanak lelaki dan seorang bayi berusia 19 hari.

“Kesemua mereka ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat,” katanya.-UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.