Tayar tak berfungsi, pesawat TUDM mendarat cemas

Tayar tak berfungsi, pesawat TUDM mendarat cemas

Pesawat Beechcraft B 200T milik TUDM yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, semalam. - GAMBAR IHSAN TUDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan sebelah tayar pesawat Beechcraft B 200T untuk berfungsi semasa hendak mendarat menyebabkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, semalam.

TUDM dalam ke­nya­taan berkata, pesawat No 16 Skuadron memba­wa empat anak kapal sedang melakukan latihan penerbangan selepas ber­lepas dari Pangkalan Uda­ra Subang pukul 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Norazman Mahmud berkata, satu kemalangan disahkan berlaku melibatkan pesawat jenis Beechcraft B200T dengan nombor pendaftaran M41-02 yang dikendalikan TUDM di lapangan terbang tersebut pukul 12.54 tengah hari semalam.

Kata beliau, pesawat itu telah tergelincir dari lan­dasan semasa menda­rat.

“Juruterbang pesawat tersebut telah menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang memaklumkan mengenai masalah pada gear pendaratan dan meminta bantuan mendarat.

“Menara ATC Subang segera memaklumkan ke­pada Perkhidmatan Bomba & Penyelamat La­pangan Terbang Subang (AFRS) bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya dalam ke­nyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN