PETALING JAYA: Seorang pakar perunding psikiatri memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam, penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman tidak waras dari segi perubatan dan undang-undang kerana mengalami bipolar disorder dan hyperthyroidism. Dr. Ian Lloyd Anthony berkata, Muhammad Yasin dalam keadaan tidak waras menyebabkannya tidak mengetahui perbuatan menanam pokok kanabis di kediamannya merupakan satu kesalahan dan melanggar undang-undang. Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak itu berkata, hasil pemerhatian…










