Israel bukan sasar Hamas tetapi rakyat Palestin

Israel bukan sasar Hamas tetapi rakyat Palestin

MUSLIM IMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serangan rejim zionis terhadap Semenanjung Gaza bukanlah untuk menyasarkan pejuang Hamas sebaliknya ia dilancarkan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Biro Antarabangsa Hamas di Asia, Muslim Imran. berkata, sekiranya tentera Israel menyasarkan pejuang Hamas dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak 7 Oktober lalu, rejim zionis pastinya memilih me­lakukan serangan darat.

Sebaliknya, beliau berkata, sehingga ke hari ini, rejim zio­nis hanya melancarkan serangan udara dengan menyasarkan orang awam.

BEBASKAN

“Objektif pejuang Palestin melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu adalah untuk membebaskan lebih 5,000 rak­yat Palestin yang berada di penjara Israel. Sebahagian daripada mereka ditahan sejak lebih 30 hingga 40 tahun lamanya.

“Israel menahan ribuan rak­yat Palestin seperti pemimpin politik, cendekiawan dan sebagainya. Antara yang berada di dalam tahanan mereka adalah Setiausaha Agung Popular Front for the Liberation of Palestine, Ahmad Sadad dan pemimpin kanan Fattah dan Hamas.

“Sejak hari pertama serangan, pejuang Palestin sudah menyatakan bahawa kamu bebaskan rakyat mereka, kami bebaskan rakyat kamu.

“Tetapi, Israel tidak berminat berunding sebaliknya melancarkan serangan terhadap orang awam di Gaza,” katanya.

FAKTOR

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman sebagai pejuang Palestin, satu-satunya cara untuk membebaskan rakyat Pa­lestin dari penjara adalah dengan menahan tentera Israel sebagai tebusan dan itulah faktor utama serangan pada 7 Oktober lalu.

Mempertahankan tindakan serangan pejuang Palestin itu, Muslim yang juga Pengarah Pengasas Asia Middle East Center (AMEC) berkata, rakyat Palestin sudah menjadi sasaran pembersihan etnik sejak 75 tahun lalu, juste­ru tindak balas tersebut adalah ‘semula jadi’.

Katanya, dalam serangan pada 7 Oktober lalu, pejuang Palestin tidak menyasarkan orang awam sebaliknya sasaran sebenar mereka adalah tentera Israel untuk dijadikan tebusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN