PRN: Pas jangan sombong, Semangat 46 bantu rampas Kelantan tahun 1990

PRN: Pas jangan sombong, Semangat 46 bantu rampas Kelantan tahun 1990

TENGKU Razaleigh Hamzah (kiri) menghadiri Program Santai bersama pengundi di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengingatkan Pas supaya jangan sombong dan megah dengan kuasa memerintah Kelantan selama lebih tiga dekad yang diperoleh parti berkenaan ketika ini.

Ku Li berkata, kejayaan Pas merampas Kelantan pada tahun 1990 dibantu oleh beliau yang ketika itu memimpin parti Semangat 46 dan membentuk kerjasama menerusi Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

“Pas dapat kuasa pun saya yang tolong. BN ketika ini tinggal dua kerusi. Apabila ada gandingan tenaga Semangat 46 dengan Pas ketika itu atas nama APU.

“Pas jangan lupa tuhan merestukan gandingan itu dan tuhan telah memberi kemenangan kepada kempen itu dan dia telah berkuasa sejak itu sehingga sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai bersama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto di sini, semalam.

Ku Li memberitahu, sudah tiba masanya Pas insaf kerana rakyat ketika ini dilihat mahukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Katanya, situasi itu dapat dilihat apabila pengundi mulai yakin dengan 34 tawaran yang dikemukakan oleh gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya percaya pengundi akan menukar pentadbiran kerajaan negeri selepas melihat kegagalan kerajaan Pas menyelesaikan pelbagai isu rakyat terutamanya bekalan air. Dia (Pas) sudah lebih 30 tahun memerintah negeri Kelantan.

“Apa lagi dia nak yakini rakyat? Kalau dalam 30 tahun dia tak boleh bukti kemampuan dan kebolehan dia. Tak perlu kita tanya lagi, kita sendiri merasai. Bukan kita saja,  rakyat pun merasai. Cuma ada yang degil tak mahu terima. Apakah kita ini tak mahu berubah? Saya percaya rakyat mahu berubah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ku Li PRN di parlimen ini kali ini menjadi misi penting buat BN bagi menebus kekalahan peringkat parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

Katanya, beliau cukup yakin peti undi di tiga DUN kali ini iaitu di Galas, Nenggiri dan Paloh mendapat majoriti yang memuaskan dengan sokongan yang ditunjukkan pengundi sepanjang tempoh berkempen.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya