Ku Li cadang kerajaan wujudkan dana berdaulat bantu rakyat terjejas

Ku Li cadang kerajaan wujudkan dana berdaulat bantu rakyat terjejas

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan disaran mewujudkan satu ‘sovereign fund’ (dana berdaulat) daripada keuntungan mencari hasil minyak sebagai langkah membela nasib rakyat yang terjejas di negara ini.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, cadangan itu kemukakan kerana beliau menjangkakan negara akan mengumpul trillion dollar Amerika Syarikat dengan penghasilan minyak dan penjualan bahan mentah itu ke pasaran dunia. 

Menurutnya, walaupun Malaysia hanya pengeluar kecil minyak dunia namun peningkatan harga bahan api membolehkan negara mendapat keuntungan yang luar biasa.

“Saya mencadangkan supaya antara 40 sehingga 50 peratus keuntungan bersih daripada usaha kita, mencari hasil daripada minyak sama ada dalam ataupun luar negara mesti diasingkan untuk mewujudkan satu dana yang besar. 

“Kita boleh membiayai pelajaran, kesihatan dan kebajikan orang tua, orang yang kurang upaya dan rakyat yang hilang peluang pekerjaan. Cara ini juga boleh membantu untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada segi keluaran negara kasar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini, hari ini.

Ku Li memberitahu, dana yang di wujudkan itu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja selepas ianya diusulkan ke Parlimen.

Katanya, dengan cara itu, dana yang diwujudka ini boleh dinamakan ‘heritage fund’ (tabung warisan) akan selamat dan tiada sesiapa yang boleh menyentuh atau membuat pinjaman.

“Kita mesti adakan dana berdaulat ini yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sehingga setiap rakyat yang sampai umur 25, barulah boleh dipertimbang untuk membuat permohonan untuk diberi pendapatan seperti kegunaan persekolahan, pelajaran, kesihatan dan kebajikan umum. 

“Saya berharap kerajaan sekarang akan bersetuju serta mula mewujudkan dana ini dan tak boleh sesiapa usik kerana ini semata-mata untuk rakyat terutama sekali yang kurang bernasib baik,” ujarnya.

Ku Li berkata, rakyat berhak mendapat faedah daripada pengeluaran minyak yang dihasilkan di negara ini.

“Saya lihat di negara Norway walaupun penduduk tidak begitu ramai berbanding negara kita, mereka telah menggunakan dana seumpama ini untuk dilabur di seluruh dunia serta dapat memberi keuntungan kepada rakyatnya.

“Rakyatnya memiliki harta hampir 10 hingga 15 juta setiap seorang. Kita juga harap rakyat kita pun akan mendapat faedah daripada pengeluaran minyak,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya