97,388 pengundi awal undi esok

97,388 pengundi awal undi esok

SERAMAI 97,388 pengundi awal di enam negeri akan melaksanakan tanggungjawab mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 97,388 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan negeri menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam proses pengundian awal, esok.

Jumlah itu terdiri daripada 49,660 orang tentera serta pasangan, 47,728 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) yang akan membuang undi di 260 pusat mengundi awal melibatkan 377 saluran mengundi diguna pakai.

Golongan pengundi awal ini adalah merangkumi kira-kira satu peratus daripada keseluruhan 9.77 juta pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut pecahan, jumlah pemilih dalam kalangan anggota keselamatan itu di Selangor adalah direkodkan tertinggi meliputi 26,557 orang, diikuti Negeri Sembilan (26,079 orang); Pulau Pinang (11,294 orang); Kelantan (11,205 orang) dan Terengganu (6,957 orang).

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan undi awal mungkin menjadi penentu kemenangan calon-calon di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah bilangan pengundi awal ramai yang tinggi.

Beliau berkata, pengundi-pengundi juga lebih mudah untuk membuat pilihan termasuk hari pengundian biasa pada 12 Ogos nanti kerana di sebahagian besar kawasan, hanya dua blok gagasan besar gabungan politik yang berpengalaman dan berpengaruh yang bertanding.

“Menjurus kepada dua sistem parti, mudah untuk pengundi menilai untuk membuat keputusan antara pilihan gabungan A atau gabungan B,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung persepsi yang sering ditimbulkan berhubung undi awal adalah pihak kerajaan boleh mengetahui mana-mana anggota tentera atau polis memilih parti mana, Wan Ahmad berkata, persepsi itu tidak benar dan hanya persepsi politik daripada pihak yang prejudis kepada kredibiliti terhadap undi anggota keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri, Razarudin Husain berkata, Selangor merekodkan jumlah yang paling tinggi dengan merekodkan seramai 18, 557 orang akan terlibat dalam pengundian awal.

Selain itu, kata beliau, seba­nyak 6,842 orang akan mengundi awal bagi Kedah diikuti Pulau Pinang (6,451 orang); Negeri Sembilan (6,335 orang); Kelantan (5,030 orang) dan Terengganu (4, 513 orang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN