Usaha hapus hutang bukan perkara baharu

Usaha hapus hutang peneroka bukan perkara baharu

RASMAN ITHNAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha penghapusan hutang dan penerimaan sukuk untuk Felda yang berjumlah RM1 bilion setahun sebenarnya dilaksanakan sejak 2021 lagi dan ia bukan usaha mana-mana pemimpin politik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Rasman Ithnain menjelaskan, justeru, pengumuman terbaharu kerajaan berhubung perkara tersebut bukanlah satu perkara baharu.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Sedili itu, hal ini kerana proses untuk melengkapkan dokumen bagi melaksana langkah tersebut membabitkan proses undang-undang antara peguam dan Kementerian Kewangan mengambil masa setahun.

“Jadi kalau anda hendak tengok bukti ini, boleh lihat slip peneroka Felda apabila tertulis pemotongan hutang sejak 2011,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas dakwaan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Nazri Ngah yang mengatakan isu melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda sebanyak RM8.3 bilion seperti diumumkan pada 2021 didakwa hanyalah atas kertas dan tidak dilaksana seperti dijanjikan.

Beliau mempersoalkan tuduhan Nazri yang mendakwa perkara itu hanyalah di atas kertas dan tidak dilaksana se­perti dijanjikan kerana.

Rasman berkata, Perdana Menteri dan menteri bertanggungjawab ke atas Felda harus turun padang ke kawasan peneroka untuk melihat situasi sebenar berhubung isu pelupusan hutang dan bukannya mendengar taklimat daripada pihak ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN