PRN: Naratif pertukaran kerajaan bimbangkan pelabur

PRN: Naratif pertukaran kerajaan bimbangkan pelabur

ndeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.7 peratus pada September 2025. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakar-pakar ekonomi tidak menolak ramalan pertukaran kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, boleh menyebabkan pelabur bimbang untuk melabur, sekali gus mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, pilihan raya negeri berkemungkinan memberi kesan negatif kepada pelaburan.

Hal itu kerana, katanya, terdapat ketidaktentuan politik yang tinggi di sepanjang perjalanan pilihan raya.

Menyokong kenyataan itu, katanya, Kajian Unit Perisikan Ekonomi mendapati terdapat korelasi negatif antara pilihan raya dan pelaburan di Malaysia yang mana saham biasanya jatuh menjelang pilihan raya dan tahap pelaburan juga cenderung menurun.

Katanya, terdapat bukti anekdot menunjukkan pilihan raya boleh memberi kesan negatif kepada pelaburan di Malaysia menyaksikan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, pasaran saham jatuh mendadak dan paras pelaburan menurun.

“Ini kerana pelabur sering berhati-hati membuat pelaburan baharu di negara yang mempunyai ketidaktentuan politik. Satu lagi kajian oleh Bank Dunia mendapati ketidakstabilan politik boleh memberi kesan negatif kepada pelaburan.

“Dalam kajian ini negara yang mempunyai tahap ketidakstabilan politik yang tinggi cenderung mempunyai tahap pelaburan yang lebih rendah kerana ketidakstabilan politik menyukarkan perniagaan untuk beroperasi dan ekonomi tidak menentu.

“Namun, adalah penting untuk ambil perhatian kesan pilihan raya terhadap pelaburan boleh berbeza-beza bergantung pada keadaan khusus negara. Pun begitu, jika pilihan raya menghasilkan kerajaan yang stabil, kemungkinan pelaburan boleh pulih pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, jelas Mohamad Idham, tidak semua pilihan raya memberi kesan negatif kepada pelaburan kerana dalam sesetengah kes, pilihan raya boleh membawa kepada peningkatan dalam pelaburan.

“Ini kerana pilihan raya boleh memberi peluang kepada kerajaan baharu untuk melaksanakan dasar ekonomi baharu yang dilihat menguntungkan perniagaan.

“Tetapi, dalam kes Malaysia, bukti menunjukkan bahawa pilihan raya lebih berkemungkinan memberi kesan negatif kepada pelaburan kerana Malaysia mempunyai sejarah ketidakstabilan politik, dan pelabur sering berhati-hati untuk membuat pelaburan baharu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, pertukaran pimpinan kerajaan yang kerap berlaku sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan berisiko membuat pelabur enggan melabur lagi akibat dasar yang tidak menentu.

Katanya, ia disebabkan naratif pertukaran kerajaan negeri yang baharu berkemungkinan mengubah dasar-dasar yang telah ditetapkan dan amalan menyemak semula projek-projek kerajaan yang diluluskan sebelum ini.

Jelasnya, bagi mengelakkan situasi itu berlaku, pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya berkempen secara sihat, memastikan kestabilan politik dan tidak sesuka hati mengganggu dasar-dasar kerajaan.

“Katakanlah ada satu projek yang dicadang di satu negeri, untuk cadangan itu dinilai, banyak proses yang berlaku untuk dapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan berkaitan dan akhirnya kelulusan dari kerajaan negeri.

“Ini sudah pasti mengambil masa dan kos untuk sesuatu projek baharu mendapat kelulusan. Jika dalam masa terdekat berlaku pertukaran kerajaan, jadi cadangan projek itu terpaksa ditangguh atau disemak semula pelaksanaannya walaupun telah diluluskan oleh kerajaan yang mentadbir sebelum ini.

“Ini yang secara tidak langsung mengganggu. Banyak projek oleh kerajaan terdahulu kemudian kerajaan baharu pula mentadbir dan mahu ia disemak semula. Jadi, selagi boleh dielakkan, maka elakkan amalan seperti ini,” katanya.

Pensyarah Kanan, Putra Business School, Dr. Ida Md. Yasin juga tidak menolak bahawa pertukaran kerajaan berisiko menjejaskan pelaburan dan perdagangan khususnya di peringkat antarabangsa.

“Isu pertukaran kerajaan ini boleh disebabkan pelbagai isu, tetapi adalah tidak wajar jika keadaan itu membawa kesan kepada pembangunan sosial dan masyarakat melalui suntikan pelaburan. Ia seharusnya dijaga dengan baik.

“Seharusnya ahli politik berkempen secara sihat dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi tanpa mengira ideologi parti politik masing-masing,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN